Hatiku bimbang dengan tetap pikirkanmu.
Wednesday, July 18, 2012
11:12 PM
Warning: This post shall be in Malay cause I'm annoyed like that. And well, I need to improve it anyway.
Aku rasa bahawa hari ini tidak begitu membingungkan seperti hari yang lain. Akan tetapi, aku masih berasa sakit dan agaknya selesema ini semakin teruk. Sedang membatuk-.-
Gah. Pada pendapatku, hari ini sungguh membosankan. Terlalu banyak waktu rehat sehingga aku membuat perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Pelajaran yang penting hanya adalah bahasa orang putih (aku terpaksa menyampaikan sesuatu pertuturan yang sepanjang enam-puluh saat). Akan tetapi aku sungguh bangga kerana gagasanku dan seorang lagi rakanku ditulis olehku! :) Oh. Dan pelajaran kimia. Banyak kerja rumah. Aku letih.
Setelah itu semua orang terpaksa menyambut hari keharmonian kaum. Acara-acara yang disediakan sungguh membosankan. Ada juga ketidakselesaan tetapi aku menguatkan diri untuk melalui halangan ini.
Aku tidak hairan apabila ternampak beberapa informasi di media massa tentang perkara itu. Aku sudah tidak peduli. Sememangnya, aku seorang yang hanya mementingkan diriku sendiri. Aku akan mengorbankan persahabatanku dengan sesiapa sahaja demi mementingkan perkara-perkara yang aku mengambil berat tentang. Habislah. Tentu semua orang akan benci dan dengkiku. Terutama sekali kerana kelakuanku tadi yang agak jelas. Apa sahajalah. Aku memang ada seribu perkara yang sedang bermain-main di fikiranku sekarang. Pergilah kamu semua. Aku tidak mahu memandangmu lagi. Aku sudah tidak mencintaimu lagi. Puas aku menunggu.